Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.50 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati, tiga lelaki bersenjatakan parang dengan menaiki dua buah motosikal telah masuk ke pekarangan hadapan rumah mangsa.

“Suspek telah menetak kepala mangsa dan melarikan beg tangannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, akibat kejadian tersebut, mangsa telah dihantar ke klinik swasta berhampiran rumahnya dan menerima 16 jahitan di kepala.

Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Janayah Ibu pejabat Polis Daerah Kajang, Inspektor Fazilatulaida di talian 012-2667402. - UTUSAN ONLINE