Sarawak Forestry Corporation (SFC) dalam kenyataan memberitahu, sindiket terbaharu ditumpaskan di Bekakong, Daro, di sini yang membawa kepada tangkapan lapan lelaki warga asing bersama rampasan 736 batang kayu ba­lak semalam.

Menurutnya, kejayaan tersebut adalah hasil maklumat diperoleh anggota Pasukan Polis Marin (PPM) dari Balai Polis Sarikei yang kemudian mengetuai serbuan bersama SFC Wilayah Sibu di lokasi berkenaan.

“Turut dirampas ialah satu mesin bergergaji dan tiga basikal yang sudah diubah suai untuk mengangkut kayu balak,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan itu memberi­tahu, lapan lelaki warga asing yang ditahan telah direman di Balai Polis Bintangork, di sini untuk tindakan lanjut dan mereka didapati tidak memiliki permit sah untuk bekerja di negara ini.

Tambah kenyataan itu, lokasi diserbu dipercayai beroperasi secara haram kerana tiada lesen dikeluarkan untuk membolehkan aktiviti pembalakan dijalankan di situ.