Difahamkan waran berkenaan dikeluarkan oleh mahkamah secara ‘in absentia’ iaitu tanpa ketidakhadiran tertuduh bagi membantu siasatan berhubung tuduhan pengubahan wang haram membabitkan skandal tersebut.

Selain Jho Low, empat individu terbabit dipercayai bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan, 45, bekas pengarah eksekutif, Casey Tang Keng Chee, 53, dua bekas pegawai 1MDB, Geh Choh Heng, 47, dan Eric Tan Kim Loong, 40.

Menurut carian di laman web e-Filing, kes kesemua individu berkenaan telah difailkan di empat Mahkamah Sesyen di sini.

Difahamkan, kelima-lima individu berkenaan menghadapi beberapa pertuduhan dipercayai berkaitan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram. 

Pada 24 Ogos lalu, Mahkamah Sesyen Putrajaya mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low dan bapanya, Tan Sri Low Hock Peng bagi membantu siasatan berhubung skandal 1MDB. - UTUSAN ONLINE.