Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, mangsa dikenal pasti sebagai warga Vietnam berusia 33 tahun dan sedang mengandung 14 minggu.

“Dia berkahwin dengan lelaki tempatan dan mempunyai seorang anak berusia empat tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa menaiki teksi tersebut dari Puchong dan tidak memberitahu destinasinya kepada pemandu sebelum bertindak keluar apabila terlihat kenderaan polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Jelas Mohd. Zani, pihaknya akan mendapatkan bantuan jurubahasa dari Kedutaan Vietnam berikutan mangsa enggan menjawab soalan pegawai penyiasat.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja. - UTUSAN ONLINE