Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Wanita sembunyi kelahiran, tanam mayat bayi ditahan

Chong Kok Sin
CHONG KOK SIN

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Tindakan seorang wanita mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam merungkai kisah sebenar wanita tersebut melahirkan seorang bayi, Julai lalu sebelum menanam anaknya yang meninggal dunia akibat tidak cukup bulan.

Bayi wanita berusia 24 tahun itu dikatakan meninggal dunia sebaik sahaja dilahirkan dan ditanam di kawasan semak berhampiran sebuah apartmen di Sungai Besi, di sini dengan bantuan seorang rakan lelaki.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, wanita itu ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Menurut Kok Sin, rahsia wanita tersebut terbongkar selepas doktor mendapati terdapat tanda-tanda baru melahirkan ketika memeriksa wanita tersebut yang datang ke Bahagian Kecemasan HKL kira-kira pukul 7.30 malam.

“Doktor kemudian melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis dan hasil soal siasat, wanita itu mengaku telah melahirkan bayi ketika usia kandungan tujuh bulan pada 17 Julai lalu di rumah sewanya di Sungai Besi.

“Bagaimanapun, bayi tersebut meninggal dunia dan suspek meminta bantuan kawan lelakinya untuk menguruskan mayat tersebut. Kita juga telah menahan kawan lelaki suspek berusia 24 tahun untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain