Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Ismail Mat Isa berkata, wanita berusia 20-an itu ditahan pada hari yang sama selepas melahirkan bayi berkenaan di resort tersebut.

Menurutnya, wanita itu yang kini dirawat di Hospital Gerik ditahan reman selama 14 hari sehingga 15 November depan bagi membantu siasatan.

“Wanita tersebut ditahan polis di resort sama pada pukul 1.30 petang Rabu lalu selepas beberapa jam menyembunyikan diri dan hasil siasatan mendapati dia masuk ke negara ini secara sah.

“Dia ke resort berkenaan untuk melakukan kerja sebagai tukang urut namun dia melahirkan bayi itu sebelum sempat melakukan kerja berkenaan,” katanya. - UTUSAN ONLINE