Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Siah berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.35 malam itu, mang­sa berusia 40 tahun me­ngalami pendarahan teruk di belakang bahu kanan akibat terkena tembakan tersebut.

Beliau berkata, sebelum kejadian, suspek berusia 36 tahun dikatakan mengamuk dan bertindak memukul ahli keluarganya yang lain.

“Suspek terus ber­tindak ag­resif memukul kakaknya menyebabkan wanita itu terpaksa me­larikan diri keluar rumah.

“Namun, suspek terus mengejar kakaknya itu sambil membawa selaras senapang buatan sendiri lalu melepaskan tembakan ke arah mangsa sebelum ter­kena di belakang bahu kanan wanita berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, ma­ngsa yang cedera parah dikejarkan oleh ahli keluarganya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.