Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Wanita nafi anak diberi dadah

ALOR SETAR 14 Jun – Tindakan seorang wanita membiarkan teman lelakinya merakam video anak lelakinya sedang memegang paip disyaki peralatan untuk menghisap dadah jenis syabu semata-mata untuk me­nyakitkan hati bekas suaminya mengundang padah apabila dia ditahan polis hari ini.

Kanak -kanak yang tular di laman sosial dipercayai bersama peralatan menghisap dadah di Alor Setar,
Kanak-kanak yang tular di laman sosial dipercayai bersama peralatan menghisap dadah di Alor Setar, semalam.

Wanita berusia 27 tahun itu di Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Muda, Su­ngai Petani pada kira-kira pukul 1.30 petang selepas bekas mentuanya yang melihat rakaman perbuatan cucunya itu membuat laporan polis semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Se­nior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wa­hid berkata, suspek ketika disoal siasat me­ngakui rakaman video itu dibuat untuk menyakitkan hati bekas suaminya.

Menurutnya, suspek juga memberitahu bahawa paip yang dipegang anaknya itu kosong dan tidak mengan­dungi sebarang dadah.

“Suspek dan anaknya dibawa ke hospital untuk mendapatkan sampel darah dan ujian urin kanak-kanak itu negatif namun dia akan ditahan di wad kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut.  

“Suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan memiliki senjata berbahaya tidak direman kerana dia sedang mengandung lapan bulan,” katanya dalam satu ke­nyataan di sini hari ini.

Semalam, seorang wanita berusia 53 tahun dari Gurun  membuat laporan polis selepas bimbang dengan keadaan cucunya yang kini di bawah penja­gaan bekas menantunya.

Teman lelaki kepada bekas menantunya menghantar tujuh rakaman video yang memaparkan cucunya yang berusia tiga tahun berada dalam ke­adaan khayal serta tidak bermaya disyaki kerana diberikan dadah jenis syabu, pada Isnin lalu.

Menurut Mior Faridalathrash, pihaknya kini sedang mengesan teman lelaki suspek bagi membantu siasatan mengikut Sek­syen 31(1) Akta Kanak Kanak 2001.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, laporan bedah siasat ke atas mayat pekerja kontrak warga Bangladesh mendapati punca kematian adalah disebabkan trauma pukulan objek tajam pada kepada dan lehernya.

“Bedah siasatan yang dijalankan hampir enam jam di Hospital Sultanah Bahiyah mendapati anggota badan mangsa dipotong kemas pada bahagian sendi kaki dan tangan dengan menggunakan objek tajam dan berat. Organ dalaman mangsa juga tidak terjejas,” katanya.

Ujar Mior Faridalathrash, guni pertama yang dijumpai mengandungi bahagian kepala hingga ke pusat manakala guni kedua berisi bahagian pinggang hingga ke lutut.

“Guni ketiga pula berisi ke­dua-dua belah lengan dan betis. Kami kini masih giat memburu dua rakan serumah mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain