Nahas pada pukul 6.40 pagi itu menyebabkan Aidih Yahya, 54, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.


Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian berlaku apabila motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggang wanita itu terlanggar kon keselamatan hingga menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan.


“Mangsa yang terjatuh di laluan kanan jalan telah dilanggar kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun yang datang dari arah bertentangan.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat,” katanya. - UTUSAN ONLINE