Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, kes pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

“Siasatan awal mendapati, mangsa pada mulanya dipercayai membunuh diri bersama suaminya dengan memakan baja yang ditemukan dalam biliknya.

“Satu nota juga ditemukan dalam dompet suaminya yang menyatakan hasrat untuk membunuh diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut Ahmad Dzaffir, laporan bedah siasat dilakukan semalam mendapati terdapat kesan tekanan di leher.

Jelasnya, terdapat juga kesan lebam di bahagian belakang kepala, tulang rawan kanan patah dan luka kecil di jari kaki kiri.

“Kita percaya kes ini mempunyai unsur jenayah dan telah diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berkenaan kes tersebut boleh berhubung dengan pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Azlinda Abtu di talian 012-6853281. - UTUSAN ONLINE