Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, suspek berusia 34 tahun itu ditahan pukul 7 malam pada hari kejadian oleh orang awam dan anggota polis bantuan pusat beli-belah berkenaan.

“Suspek direman 14 hari bermula hari ini dan disiasat di bawah Akta Imigresen. Kes ini juga disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun," katanya.

Sebelum ini, kejadian samun terbabit difahamkan tular dalam media sosial. - UTUSAN ONLINE