Dalam serbuan itu, polis turut merampas serbuk ekstaksi seberat 1.542 kilogram yang dipercayai boleh dibekalkan kepada kira-kira 500 pengguna dadah.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Kuala, Asisten Komisioner Adnan Azizon, hasil siasatan awal mendapati suspek berusia 36 tahun itu bergerak aktif mengedar dadah jenis ekstaksi di pusat-pusat hiburan di sekitar ibu negara.

“Dalam serbuan itu, kita turut menyita wang tunai berjumlah RM2,350, Perodua Viva dan sebuah akaun bank yang memiliki wang sebanyak RM226,190.

“Suspek direman tujuh hari bermula Jumaat lalu sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1953,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE