Mayat mangsa, Nurnia Azalea Priscilla Edward, 26, ditemukan rakan sekerjanya yang pergi ke rumah itu kira-kira pukul 3 petang tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner

Stanley Jonathan Ringgit berkata, rakan mangsa tersebut yang panik melihat keadaan kemudian menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, sepasukan anggota polis kemudian diarahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan lanjut.

“Berdasarkan maklumat rakannya, mangsa merupakan seorang penjawat awam yang bekerja di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sibu.

“Namun, mangsa dikatakan gagal dihubungi dan tidak turun bekerja sejak pagi tadi sebelum dia ditemukan mati,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk bedah siasat.

“Ketika ini pasukan polis masih menyiasat dan mengesan suspek yang terlibat.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE