Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, wanita itu ditahan selepas satu laporan diterima polis berhubung kenyataan jelik yang dimuat naik pada pukul 12.30 tengah hari, 9 April lalu.

Beliau berkata, wanita berusia 48 tahun itu yang merupakan seorang ahli perniagaan ditahan dengan kerjasama pegawai dan anggota Ibu pejabat Polis Daerah Brickfields.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tak lebih setahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, wanita itu kini direman selama tiga hari bermula hari ini. - UTUSAN ONLINE