Ketum
Ketum

Wanita berusia 33 tahun dan berasal dari Perlis itu ditahan anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan terbabit kira-kira pukul 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Ab Ghani berkata, hasil pemeriksaan lanjut ke atas kereta jenis Perodua Myvi dipandu suspek, pihaknya menemukan dua beg hitam.

”Satu beg mengandungi 46 balutan plastik daun ketum yang diikat seberat 16 kilogram manakala satu beg lagi mengandungi 6 kilogram daun ketum yang tidak diikat.

“Ketika ditahan, wanita itu dikatakan memandu dari utara tanah air dan berhenti di kawasan kejadian untuk berjumpa seseorang,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Dzulkifli berkata, berdasarkan siasatan awal, daun ketum dibawa wanita itu dipercayai untuk diedarkan di kawasan Rantau Panjang.

Tambahnya, suspek yang memiliki rekod jenayah lampau ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.  - UTUSAN ONLINE