Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.25 malam ketika dua suspek lelaki menaiki sebuah motosikal Yamaha 125z menghampiri mangsa.

“Seorang daripada suspek telah turun dari motosikal lalu mengejar mangsa dengan menggunakan parang.

“Mangsa yang terkejut telah melemparkan beg tangannya dan suspek mengambil beg tersebut sebelum melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa telah mengalami kerugian berjumlah RM150 dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE