Lebih memilukan, wanita berusia 27 tahun itu didapati terlibat dengan penagihan dadah bersama tiga individu lain iaitu bekas suami, bapa tiri dan adik lelakinya.

Bagaimanapun, hasil maklumat awal, wanita itu bersama bekas suami, bapa tiri dan adik lelakinya berjaya ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Klang dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang dalam satu serbuan kira-kira pukul 10 pagi ini.

Menurut sumber AADK, sejurus menerima maklumat, tujuh anggota dan pegawainya bersama tiga pegawai JKM telah melakukan serbuan di sebuah rumah di kawasan flat Kota Pendamar.

Katanya, hasil serbuan, pihaknya menemukan seorang wanita yang merupakan tuan rumah bersama tiga lelaki iaitu bekas suaminya, bapa tiri dan adik lelakinya sedang menghisap syabu.

"Malah, ketika serbuan terdapat dua anak kandungnya yang mana salah seorang berusia setahun yang merupakan orang kurang upaya (OKU) dan menghidap paru-paru berlubang dipercayai kesan pengambilan dadah ketika mengandung.

"Selepas menahan mereka, kita telah membawa wanita berkenaan untuk mengambil anak sulungnya berusia 10 tahun di sekolah sebelum ketiga-tiga anaknya diserahkan kepada JKM," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE