Tindakan wanita itu bagaimanapun mengundang padah apabila dia ditahan penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kerian dalam operasi perdana yang dijalankan bermula pukul 6 pagi hingga 2 petang.

Malah ketika tangkapan pada pukul 10.30 pagi itu dilakukan dengan tangan wanita tersebut digari, bayi yang masih menyusu badan sepenuhnya itu sedang menyusu badan ibunya.

Ketua Operasi AADK Kerian, Shahrul Nizam Baharuddin berkata, selain wanita tersebut turut ditahan adalah suaminya berusia 49 tahun yang datang ke lokasi berkenaan untuk membeli dadah.

Katanya, lelaki tersebut telah terjebak dengan penagihan dadah sejak 10 tahun lalu manakala isterinya itu pula baharu terlibat dalam tempoh setahun.

“Selain pasangan suami isteri itu, seorang bapa berusia 48 bersama anak lelaki berusia lima tahun turut ditahan dalam operasi sama.

“Dalam operasi ini seramai 11 lelaki dan tiga wanita berusia 33 hingga 57 tahun ditahan AADK dan kebanyakan yang ditahan melibatkan kes berulang,” katanya pada sidang akhbar di pejabat AADK di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE