Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt. Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa yang berusia 25 tahun itu juga menyedari dia sebenarnya telah membuat bayaran melebihi harga yang dipersetujui.

Katanya, mangsa yang berasal dari Sungai Koyan, Raub mendakwa lori jenis Isuzu itu diiklankan pada harga RM42,000 semasa dia membaca iklan tersebut di laman media sosial pada 28 Jun 2017.

"Mangsa telah menghubungi nombor yang tertera di iklan itu dan berurusan dengan seorang wanita sebelum bersetuju membayar pendahuluan sebanyak RM3,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank wanita itu pada 29 Jun 2017.

"Suspek kemudiannya menghubungi mangsa pada keesokan harinya bagi meminta bayaran tambahan RM5,300 dan mangsa diminta untuk terus membuat bayaran atas pelbagai alasan termasuk proses menukar nama hak milik," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - BERNAMA