Perkara tersebut disahkan selepas polis menahan suspek berusia 34 tahun itu semalam atas kecuaiannya sehingga menyebabkan kemalangan tragik yang meragut empat nyawa di Pusat Komersial BDC di sini.

Sementara itu, suspek yang kelihatan sangat lemah telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau pada pukul 9 pagi ini untuk mendapatkan perintah reman oleh pihak berkuasa.

Hakim Ferhansha Farene Mohd. Ferdaus telah membenarkan wanita tersebut ditahan selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.