Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, mereka yang ditahan membabitkan perancang utama kumpulan berkenaan berusia antara 23 hingga 62 tahun.

“Soal siasat mendapati suspek mengaku melakukan lapan kes melibatkan pecah rumah di sekitar Putrajaya, Shah Alam dan Ampang, Selangor.

“Kita masih lagi mengesan dua lagi suspek terlibat dalam kes ini dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE