Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, tujuh lelaki tempatan yang ditahan itu turut membabitkan perancang utama kumpulan berkenaan berusia antara 19 hingga 50 tahun.


“Berdasarkan siasatan awal mereka aktif melakukan 10 kes pecah rumah sejak dua bulan lalu dan melakukan 10 kes di sekitar Cheras dan Lembah Klang. Terbaru mereka melarikan selaras senapang jenis raifal di Cheras baru- baru ini.


“Kesemua mereka direman sehingga esok bagi membantu siasatan dan siasatan bagi mengenal pasti beberapa ahli kumpulan lain yang terlibat,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE