Majistret Low When Zhen membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman kedua-dua suspek itu sehingga Ahad ini.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, kedua-dua lelaki itu tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini dengan berpakaian reman SPRM dan tangan bergari pada pukul 9.20 pagi.

Menurut sumber, Timbalan Pengarah itu ditahan SPRM di pusat beli-belah sekitar Putrajaya semalam dipercayai ketika menerima wang tunai berjumlah RM50,000 iaitu baki jumlah suapan yang sepatut diterimanya daripada seorang lagi suspek selaku orang tengah.

Kata sumber itu lagi, pegawai kerajaan berkenaan didakwa menerima wang suapan itu secara berperingkat sejak 2015 oleh syarikat terlibat sebagai ganjaran kerana menganugerahkan projek berkenaan.

USP merupakan satu usaha kerajaan dalam memperluas jaringan komunikasi dan multimedia, khususnya bagi kawasan dan masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan itu. - UTUSAN ONLINE