Yang turut direman bersama wanita berusia 48 tahun itu sehingga 1 Februari ini bagi tujuan sama ialah anak sulung suspek yang berusia 24 tahun dan seorang pemilik syarikat berusia 40 tahun.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret P. Sarulatha selepas ketiga-tiga suspek tiba di Mahkamah Majistret di sini pada pukul 10.30 pagi dengan menaiki kenderaan berasingan serta tangan bergari sambil diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Pengetua terbabit tiba dengan memakai baju hitam bercorak dan berseluar jeans, manakala dua lagi suspek berbaju lokap SPRM.

Kesemua suspek yang ditahan SPRM antara pukul 4.30 petang dan 7 malam semalam, direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sumber berkata, wanita terbabit dipercayai menyalahgunakan kuasanya dengan memberikan kerja-kerja pembekalan barangan keperluan pelajar berjumlah kira-kira RM79,000 secara rundingan terus.

Suspek yang juga Timbalan Pengetua Kokurikulum di sekolah sama dikesan melakukan perbuatan itu tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan antara tahun 2016 dan 2017.