Difahamkan kejadian pukul 11.30 pagi itu berlaku apabila kesemua suspek yang mengenakan topeng muka bertindak memecahkan meja pameran sebelum membawa lari barangan kemas tersebut.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan seorang daripada tiga suspek membawa objek menyerupai pistol.


“Jumlah kerugian belum diketahui dan buat masa ini sepasukan anggota bersama pegawai sedang menjalankan siasatan terperinci mengenai kejadian tersebut,” katanya. - UTUSAN ONLINE