Badrul Hisham, 39, yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard itu hadir ke mahkamah berkenaan dengan memakai kemeja T berkolar dan berseluar jeans biru kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

Bagaimanapun, beliau membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rihaida Rafie.

Mengikut pertuduhan, Badrul Hisham didakwa membuat tujuh kenyataan menghasut menerusi laman sosial Facebook kira-kira pukul 5 petang di No.47, Jalan Kuarza 7/9, Seksyen 7, Shah Alam pada 11 Januari 2018.

Beliau didakwa melakukan kesalahan di bawah Akta 15 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE