Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya telah mendapatkan maklumat peribadi termasuk alamat lelaki tersebut.

“Suspek merupakan lelaki tempatan dan kita kini sedang giat memburu suspek.

“Hasil siasatan mendapati sebelum kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi, suspek turut menyamun sebuah premis serbaneka berhampiran stesen MRT tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Khamis lalu, mangsa berusia 48 tahun itu dikatakan berada dalam lif berkenaan bersama suspek sebelum dibelasah dan disamun lelaki tersebut.

Suspek melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan wang tunai berjumlah RM400.

Akibat kejadian itu, mangsa cedera di dahi dan badan serta dirawat di sebuah hospital.- UTUSAN ONLINE