Loo Peng Wah, 50, dan isterinya, Ng Lee Foon, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

Peng Wah didakwa atas tujuh pertuduhan membuat tuntutan palsu dalam penyata GST-03 bagi tempoh bercukai 1 hingga 31 Mac berhubung cukai input dengan jumlah keseluruhan RM478,715 dengan niat untuk memperoleh kredit bagi cukai input terhadap cukai output yang dilakukannya antaraOktober 2015 hingga April 2016.

Lee Foon pula didakwa atas empat kesalahan serupa namun membabitkan tempoh bercukai 1 hingga 31 Januari dengan tuntutan keseluruhan berjumlah RM267,123 yang dilakukan antara Januari hingga Mei 2016.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 89(1)(b) Akta GST 2016 itu di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Ipoh, Jalan Tun Razak di sini. - UTUSAN ONLINE