Video oleh HARITH NIZAR

Difahamkan anggota polis terbabit bertugas sebagai ketua balai di sebuah balai dalam daerah Melaka tengah di sini.

Pengarahnya, Abu Talib Othman berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung tindakan anggota polis berusia 53 tahun terbabit yang meminta wang tunai kira-kira RM6,000 bagi melepaskan suspek yang memiliki peralatan dadah.

“Kejadian berlaku di kawasan Tanjung Keling dan suspek ditahan di kawasan sama pada pukul 5.30 petang semalam. Perkara ini masih dalam siasatan dan jika kertas siasatan dapat disiapkan secepat mungkin, tiada keperluan untuk menahan reman.

“SPRM menasihatkan orang ramai terutama penjawat awam agar jangan sesekali mengambil rasuah kerana pastinya tindakan tegas akan dikenakan. Tahun ini akan ada banyak lagi tangkapan tetapi kami perlu siasat secara menyeluruh dan adil terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis pelancaran Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) Cilik SPRM di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Mas di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Abu Bakar Sahari; Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Muhammad Firdaus Shariff; Guru Besar SK Telok Mas, Rohaya A. Hamid dan beberapa wakil agensi kerajaan yang lain.