Sofi Jikan, 48, dibebaskan selepas keterangannya diambil dan kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Akhbar baru-baru ini melaporkan pelakon itu ditahan semasa hadir ke Balai Polis Mutiara Damansara untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat oleh pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil pada 31 Januari lalu.  

Farid Kamil membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya dianiaya oleh tiga rakan artis yang mencemarkan minumannya dengan dadah sehingga dia berkelakuan ganas di balai polis bulan lalu. - UTUSAN ONLINE