Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan tempoh reman suspek itu sehingga Sabtu ini.

Lelaki berusia 37 tahun itu sebelum ini direman selama enam hari sejak 28 Februari lalu.

Terdahulu, suspek tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini pada pukul 9.20 pagi dengan tangan bergari dan berpakaian lokap SPRM.

Menurut sumber, suspek yang merupakan suami kepada seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dipercayai menerima wang suapan RM19 juta daripada syarikat pembinaan utama projek selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dilakukan SPRM.

Dakwa sumber lagi, pihak syarikat berkenaan membayar wang berjumlah RM19 juta itu secara berperingkat antara Julai dan Ogos tahun lalu. - UTUSAN ONLINE