Siti Kharina Mohd. Kamarudin
Siti Kharina Mohd. Kamarudin 

Siti Kharina Mohd. Kamarudin, 40, ditemukan kira-kira pukul 2.30 petang dalam keadaan terlentang di atas lantai dan tidak lengkap berpakaian selain terdapat kesan kelar di bahagian dada, leher serta kepala.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin ketika mengumumkan hal itu berkata, penemuan ibu kepada tiga anak tersebut terbongkar apabila seorang juruteknik datang untuk membaiki mesin basuh tetapi pintu kondominium tidak dapat dibuka.

Menurut Noor Azam, juruteknik itu telah memanggil pemilik rumah tersebut sebelum ternampak darah mengalir keluar daripada salah sebuah pintu bilik kondominium itu.

“Siasatan mendapati mangsa telah meninggal dunia lebih daripada empat hari di kondominium yang disewanya. Kita juga telah menemukan beberapa barang bukti seperti pisau dan baju.

“Kita juga tidak menemukan kesan pecah masuk pada kediaman tersebut dan menolak kes ini berkaitan samun berikutan barangan peribadi mangsa termasuk kad pengenalan serta barang kemas masih ada selain keretanya berada di parkir,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Siti Kharina dilaporkan hilang pada 8 Mei lalu dengan dia kali terakhir menghubungi suami serta anaknya untuk memaklumkan kepulangannya bagi mengecat rumah sebagai persiapan menjelang Aidilfitri pada hari yang sama. – UTUSAN ONLINE