Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, kesemua suspek warga tempatan itu dipercayai mengubahsuai dan memalsukan cek dan kad kredit untuk digunakan bagi pembelian barang atas talian serta di kedai.

Tambah beliau, barang yang dibeli sindiket ini kemudian dijual semula kepada orang ramai untuk mendapatkan tunai.

“Jumlah belian tertinggi yang dikesan sebanyak RM200,000.

“Sebanyak 15 laporan diterima di ibu negara dan kerugian melibatkan sejumlah wang RM500,000,” katanya di sini hari ini.

Jelas Mazlan, kesemua suspek ditahan reman sehingga 10 November bagi membantu siasatan.

Tambahnya, kes disiasat dibawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE

Video oleh BASIR ABU BAKAR