Itu modus operandi yang dikesan Polis Selangor terhadap satu sindiket pengedaran dadah yang bergiat aktif di empat negeri di Johor, Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor sejak setahun lalu.

Bagaimanapun, sindiket tersebut berjaya ditumpaskan Khamis lalu ketika kumpulan berkenaan sedang melakukan transaksi penjualan dadah di hadapan sebuah restoran di Bangi, kira-kira pukul 2 petang.

Sindiket dadah tumpas: 5 individu ditahan

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, ketika sepasukan polis dari Bahagian Risikan Operasi Tahanan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri menyerbu, kumpulan itu sedang melakukan transaksi jualan di dalam kereta di hadapan restoran berkenaan.

Menurut beliau, hasil serbuan itu, polis kemudiannya menahan lima individu termasuk tiga wanita berusia 34 hingga 44 tahun serta merampas dadah jenis Methamphetamine lebih lima kilogram yang bernilai RM355,250. - UTUSAN ONLINE

 

Video oleh Mohd Shaharani Saibi