Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, kesemua suspek yang dipercayai anggota sindiket Ayah Non itu ditahan dalam operasi pada pukul 3.45 petang di sebuah rumah yang digunakan sebagai makmal memproses air ketum.

“Kita turut merampas 96 bungkus plastik daun ketum dengan berat 96 kilogram, 217 bungkus plastik disyaki air ketum dan satu besen besar berwarna merah berisi daun ketum,”katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Video oleh NUR NAZLINA NADZARI