Kesemua mereka yang berpakaian lokap dan diiring pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memasuki Ibu pejabat Polis (IPD) Dang Wangi pada pukul 10.30 pagi dan keluar pada pukul 12.30 tengah hari.


Perintah reman terhadap semua individu itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Noordura Mohamed Din di IPD Dang Wangi sebentar tadi.


Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd. Ghani berkata, tempoh tahanan reman terhadap semua individu itu akan dijalankan sehingga Isnin depan.


“Kesemua mereka ditahan reman di lokap SPRM Kuala Lumpur bagi membantu siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
habis