Ketua Polis negeri, Datuk Rosli Abdul Rahman berkata, buruh berusia 19 tahun itu ditahan di rumahnya di Padang Jambu, Dungun kira-kira pukul 4.50 petang semalam susulan tiga laporan yang diterima.

Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini, pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit bersama satu kad sim dan kad memori.

Katanya, remaja itu ditahan reman selama empat hari sehingga Ahad mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998; Seksyen 41 Akta Hasutan serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE