Mohd. Asrul Hisyam Setapa,31, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas kesemua pertuduhan ke atasnya itu dibacakan di hadapan Hakim Adli Abd. Ghalid.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Asrul Hisyam didakwa memperolehi suapan wang tunai, telefon bimbit, jam tangan dan pembelian peralatan pembinaan bernilai RM40,468 daripada dua kontraktor bagi kerja-kerja agensi berkenaan.

Kesemua perbuatan tersebut didakwa dilakukan antara bulan April hingga Ogos 2016 di beberapa lokasi di sekitar Kota Bharu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan , atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi , jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Shahidah Muslimah Roslan manakala tertuduh diwakili peguam, Azrul Zulkifli Stork.

Mahkamah menetapkan tarikh 14 Jun depan untuk sebutan semula kes.- UTUSAN ONLINE