Malah, tinjauan Utusan Malaysia mendapati papan tanda perniagaan beberapa pusat urut juga telah diturunkan dan terdapat juga notis arahan penutupan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih tertampal di pintu satu daripada premis.

Namun, adakah penutupan pusat urut ini bersifat sementara dan akan dibuka semula seperti sedia kala selepas isu reda atau mereka akan mencari ‘lubuk’ lain pula untuk menjalankan kegiatan mereka?

TINJAUAN rumah urut di sekitar Kuala Lumpur hari ini.
TINJAUAN rumah urut di sekitar Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE

Menurut sumber, pusat-pusat urut di lokasi terbabit masih menjalankan operasi beberapa hari selepas diserbu pihak berkuasa, Sabtu lalu.

“Semalam dan kelmarin ada lagi pusat urut yang masih beroperasi, namun hari ini ke­semua pusat urut di lokasi tersebut tidak menjalankan operasi mereka seperti biasa.

“Mungkin mereka menutup sementara operasi selepas akhbar mendedahkan kegiatan mereka yang masih berdegil meneruskan perniagaan walaupun baru sahaja diserbu beberapa hari lalu,” kata sumber itu di sini hari ini.

Ujar sumber, pada kebiasaan hari pusat urut tersebut beroperasi, sebanyak tiga hingga enam orang ‘tonto’ sentiasa berlegar-legar di bawah premis dan akan menyalurkan maklumat sekiranya mengesan kehadiran pihak berkuasa di kawasan terbabit.

TINJAUAN rumah urut di sekitar Kuala Lumpur hari ini.
TINJAUAN rumah urut di sekitar Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE

“Bagaimanapun kita tidak mengesan kelibat ‘tonto’ di kawasan sama pada hari ini dan mungkin mereka memperlahankan aktiviti mereka buat masa sekarang sehingga isu ini reda,” ujarnya.

Tiga hari lalu, media melaporkan sebanyak 14 individu termasuk lapan penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Op Jejak dan Op Kota Raya selepas disyaki terlibat dalam aktiviti sindiket rumah urut di sekitar ibu negara.

TINJAUAN rumah urut di sekitar Kuala Lumpur hari ini.
TINJAUAN rumah urut di sekitar Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE

Semalam, dua lagi orang awam berusia 28 dan 39 tahun ditahan dan kini direman lima hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan kes sama.

Difahamkan juga, empat pengusaha rumah urut yang ditahan SPRM baru-baru ini akan dituduh di mahkamah esok.