Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Norhidayati Mohamad Nashroh selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman suspek itu sehingga 5 Mac ini.

Terdahulu, suspek tiba ke mahkamah pada pukul 9.10 pagi dengan tangan bergari dan berpakaian lokap SPRM, kemudiannya dibawa masuk ke bilik prosiding.

elaki berusia 37 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 3.48 petang semalam.

Menurut sumber, suspek yang merupakan suami kepada seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dipercayai menerima wang daripada syarikat pembinaan utama projek selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dilakukan SPRM.

Dakwa sumber lagi, pihak syarikat berkenaan membayar wang berjumlah RM19 juta itu secara berperingkat antara Julai dan Ogos tahun lalu. - UTUSAN ONLINE