Menerusi video yang tular dilaman sosial berdurasi lebih seminit, empat lelaki bertopi keledar penuh didapati memasuki kedai barangan kemas itu dengan seorang daripada mereka bertindak memijak sambil mengacukan senjata api ke arah seorang pekerja premis.  

Manakala tiga lagi rakannya kemudiannya bertindak membawa keluar sejumlah barangan kemas sebelum melarikan diri.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff yang mengesahkan kejadian tersebut memaklumkan, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM1.3 juta. - UTUSAN ONLINE