Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] PPM rampas rokok putih lebih RM1 juta di Pantai Geting

AHMAD ROKOK 2
AHMAD Amri Abd. Rahman (kanan) menunjukkan rokok putih yang dirampas dalam serbuan di perairan Pantai Geting, Tumpat awal pagi ini.-UTUSAN ONLINE

TUMPAT 12 Mac - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor mematahkan cubaan menyeludup rokok puteh jenama NXY bernilai lebih RM1 juta di kawasan perairan pantai Geting di sini awal pagi tadi.

Serbuan kira-kira pukul 1.40 pagi itu dilakukan oleh sepasukan anggota Unit Risikan Marin (URM) dan Bot Ronda selepas melihat sebuah bot pancung yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut.


Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor Asisten Supritenden Ahmad Amri Abd. Rahman berkata, dua lelaki warga tempatan berusia 30 dan 35 tahun itu berjaya diberkas dalam serbuan itu.


“Hasil pemeriksaan lanjut yang dilakukan ke atas bot pancung ini membawa kepada penemuan 7,500 karton rokok jenama NXY.


“Ini merupakan rampasan kedua melibatkan rokok yang berjaya dilakukan oleh PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor bagi tahun 2017,” katanya dalam sidang akhbar di Markas Operasi PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Video oleh YATIMIN ABDULLAH

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain