Pegawai Pemerintahnya, Asisten Superintenden Ahmad Amri Ab. Rahman berkata, serbuan kira-kira pukul 9.30 malam itu turut disertai oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Sebaik sahaja anggota kita berjaya masuk ke kawasan itu, beberapa individu yang sedang memunggah kotak-kotak ke dalam dua buah lori telah bertindak melarikan diri ke dalam semak berhampiran pangkalan haram tersebut.

“Pemeriksaan lanjut ke atas dua buah lori itu membawa kepada penemuan 41 jenis mercun dan bunga api,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ahmad Amri memberitahu, kesemua barangan rampasan itu dibawa ke Markas Operasi PPM Wilayah Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. - UTUSAN ONLINE