Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, dalam serbuan pada pukul 8.30 pagi itu, suspek yang berusia 24 tahun ditahan ketika sedang membakar kabel yang dipercayai dicuri.

Menurutnya, serbuan dilakukan setelah polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai kegiatan suspek yang berasal dari Seri Manjung.

“Polis sedang menyiasat lokasi kabel tersebut dicuri.

Setakat ini polis belum dapat membuat anggaran nilai kabel yang dicuri,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE