Video MEDIA SOSIAL

Ketua polis negeri, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, siasatan awal mendapati kes tersebut dipercayai berlaku kira-kira pukul 3 petang semalam melibatkan seorang remaja berusia 17 tahun.

"Mengikut maklumat awal ketika kejadian empat anggota trafik dikatakan melakukan rondaan sebelum terserempak dengan remaja berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

"Selepas berjaya ditahan, berlaku pergelutan dan pemeriksaan yang dilakukan mendapati remaja itu menunggang tanpa lesen dan cukai jalan yang tamat tempoh," katanya, di sini hari ini.

Hasanuddin berkata, setakat ini maklumat yang diperolehi cuma sedikit dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

Katanya, pihaknya juga sukar untuk mengenal pasti anggota yang terlibat berikutan imej video yang ditularkan itu kurang jelas.

“Sehingga kini, kita belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian tersebut dan sekiranya ada laporan dibuat siasatan akan dijalankan mengikut Kanun Keseksaan.

"Kita juga akan menjalankan siasatan dalaman dan mana-mana anggota yang didapati melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan tatatertib.

“Bukan setakat kes ini sahaja, kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang terlibat dalam kesalahan tatatertib,” katanya. - UTUSAN ONLINE