Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, hasil siasatan ke atas rampasan pil kuda terbesar di negeri ini bagi tempoh lima tahun lalu itu turut mendapati kedua-dua suspek bukan peneroka Felda, sebaliknya bekerja sebagai penyelia dan peniaga.

“Kedua-dua suspek yang berusia dalam lingkungan 35 tahun tidak mempunyai rekod kesalahan lampau tetapi positif dadah jenis amphetamine,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE