Ketua Polis daerah, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 10.35 pagi itu, polis turut menahan dua lelaki masing-masing berusia 28 tahun.

“Semasa diserbu, kedua-dua lelaki berkenaan cuba melarikan diri sebelum berlaku pergelutan dan mereka berjaya ditahan.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah tersebut menemukan 16 beg plastik mengandungi 800 bungkusan berisi dedaun kehijauan di bilik utama dan satu kotak plastik berisi 100 bungkusan dedaun kehijauan disyaki ketum di atas lantai ruang tamu serta 360 botol cecair warna hitam disyaki dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu lejabat Polis Daerah di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah, Inspektor Ahmad Shazewan Rasit. - UTUSAN ONLINE