Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Kang Chez Chiang berkata, operasi bermula pukul 7.30 malam hingga 10.15 malam tersebut turut menangkap tujuh ahli sindiket terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita termasuk seorang warga Vietnam.

“Operasi ini turut menumpaskan sebuah makmal memproses dadah di sebuah kondominium di Rawang. Makmal ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan memproses pil yang dipercayai dari luar negara.

“Mesin terbabit dijangka dapat memproses kira-kira 100 pil dalam masa seminit,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE