Video oleh NUR NAZLINA NADZARI

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, dalam tujuh serbuan di sekitar Johor, Kuala Lumpur dan Selangor itu, lima warga tempatan termasuk seorang wanita berusia dalam lingkungan 28 tahun hingga 48 tahun ditahan iaitu empat di Ledang, Johor manakala seorang lagi di Kuala Lumpur.

"Operasi ini berjaya merampas 43.7 kilogram dadah disyaki syabu, 53.93 kilogram disyaki pil ekstasi, 31.40 kilogram disyaki heroin, 3.75 kilogram disyaki ketamin dan 2,000 biji pil disyaki eramin 5.

"Kesemua tangkapan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE