Rampasan dilakukan menerusi dua serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di Jelutong dan Bayan Baru di sini kelmarin dan membongkar satu setor penyimpanan dadah.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Salleh berkata, turut ditahan dalam serbuan itu seorang lelaki rakyat tempatan berusia 40-an dipercayai ahli sindiket berkenaan.

“Dadah itu dimasukkan di dalam bungkusan teh China yang setiap satu seberat kira-kira satu kg.

“Ketika serbuan dilakukan, suspek sedang memunggahkan bungkusan teh China itu yang dimuatkan di dalam sebanyak 52 guni ke dalam setor yang merupakan bangunan rumah kedai,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE